👇Klik read again untuk melihat video Muzium Warisan Negeri Melaka
Catatan
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Muzium Hang Tuah Centre Perkampungan Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2013 merupakan satu inisiatif untuk mengangkat kampung tersebut sebagai tempat kelahiran Hang Tuah sepertimana terdapat dalam catatan sejarah. Terdapat beberapa elemen dalam pembangunan perkampungan ini seperti Rumah Hang Tuah, Rumah Hang Jebat, Rumah Hang Lekiu, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Kasturi. Rumah Hang Kasturi (Konsep tentang perkahwinan melayu) Rumah Hang Lekiu (Konsep tentang pameran makanan warisan dan tradisional . Antara koleksi yang dipamerkan seperti acuan kuih-kuih tradisional dan resepi – resepi masakan warisan.) Rumah Hang Lekir (Konsep tentang pameran permainan tradisional seperti Dam haji, galah Panjang, gasing, teng-teng, sepak raga, tembak getah dan kelereng). Rumah Hang Jebat ( Konsep rumah ini menerangkan keunikan seni bina dan fungsi setiap ruang rumah tradisional Melayu Melaka) Rumah Hang Tuah (K onsep ten...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Muzium Kapal Selam Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Muzium Sejarah & Etnografi Muzium Sejarah dan Etnografi terletak di bangunan Stadthuys juga dikenali sebagai Rumah Merah. Ia dibina pada zaman pemerintahan Belanda pada tahun 1950-an. Mempamerkan sejarah awal penubuhan negeri Melaka sehingga ke zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Muzium Istana Kesultanan Melaka Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Selain itu, reka bentuk bangunan, pelbagai ukiran dan susun aturnya, pelawat berpeluang menambah pengetahun berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. Muzium ini banyak model dipersembahkan seperti peragaan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan, senjata dan peralatan tembikar.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain

Muzium Samudera Mula dilaksanakan pd bulan februari 1992 & siap sepenuhnya pd bulan oktober 1993. Telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pd 13 Jun 1994. Muzium mempamerkan sejarah kesamuderaan melaka dlm empat era iaitu Era kegemilangan Kesultanan Melaka (1400-1511), Era Portugis (1511-1641), Era Belanda (1641-1795) & Era British (1824-1957) sehinggalah kemerdekaan tanah melayu pd tahun 1957. Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur.